Wednesday, May 14, 2008

+++THE FOOD’S CRISIS+++



Recently, appears several issues regarding this especially the issue of the price of paddy that increasing substantially. Inflation can be defined as continuous increase in the general price level of goods and services in the economy. Inflation is also a situation where there is “too much money chasing too few goods”. Therefore, I attached some of the articles discussing on this issue:


1. KENAIKAN HARGA BERAS SATU FENOMENA BARU DI MALAYSIA

Masalah kenaikan harga beras dan kekurangan beras gred tertentu di negara ini kian membimbangkan kerana jika tidak dikawal ia boleh menyumbang kepada krisis makanan. Peningkatan harga barang makanan itu sebnyak 15 hingga 40 peratus dalam tempoh beberapa bulan ini mnekan pengguna tetapi pada masa sama menguntungkan pihak tertentu.


Penggunaan dan pengeluaran beras Malaysia:

· Penggunaan tahunan 2.27 juta tan metrik

· Pengeluaran tahunan 1.63 juta tan metrik

· Import tahunan 0.64 juta tan metrik

· Purata penggunaan beras perkapita ialah 77kg seorang.

*Utusan Malaysia, 12 Mei 2008*


2. STOK BERAS DUNIA MERUDUM

Beras yang menjadi makanan ruji rakyat Asia menaiki kenaikan harga secara mendadak tahun ini ekoran stok yang berkurangan di seluruh dunia. Stok beras dunia dilaporkan merudum hampir 50 peratus daripada rekod stok tertinggi 147.1 juta tan pada tahun 2001. akibatnya, harga beras melonjak naik hampir tiga kali ganda dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini. Negara-negara pengeksport beras seperti India, Brazil, Vietnam dan Bangladesh telah menghentikan eksport sejak mac lalu. Langkah itu diambil bagi menstabilkan harga beras di pasaran tempatan dan mencegah inflasi.


Faktor beras berkurangan dan harganya mahal:

· Negara pengeksport beras hentikan eksport

· Negara berlumba-lumba menambah stok penimbal

· Stok beras dunia berkurangan

· Pembelian beras berdasarkan spekulasi

· Berlaku pengurangan tanah sawah padi

· Permintaan meningkat

*Utusan Malaysia, 13 Mei 2008*


3. PAKAR SYOR MAKAN SEGENGGAM NASI JIMAT BERAS

Rakyat Malaysia dinasihatkan mengamalkan makan hanya segenggam nasi atau separuh pinggan setiap kali mengambil makanan itu demi menjaga kesihatan selain mengurangkan penggunaan beras. Jumlah pengambilan nasi yang paling ideal untuk seorang dewasa adalah pada kadar segenggam atau 20 peratus daripada mangkuk sukatan nasi yang biasa digunakan di restoren.

*Utusan Malaysia, 12 Mei 2008*


4. MAKAN KELEDEK, UBI KENTANG GANTI NASI

Rakyat Malaysia disaran memakan keledek dan ubi kentang bagi menggantikan nasi sebagai makanan ruji. Penukaran makanan ruji akan menbantu itu akan membantu rakyat terutamanya penduduk berpendapatan rendah daripada mengalami beban ekoran daripada kenaikan harga beras di pasaran. Keledek terdiri daripada pelbagai warna mempunyai berbagai-bagai khasiat yang baik untuk kesihatan. Berdasarkan kajian pakar, keledek mempunyai pelbagai vitamin dan khasiat seperti beta-karotena yang baik untuk kesihatan.

*Utusan Malaysia, 14 Mei 2008*


Thus Malaysian, it’s up to you to overcome this problem… our government has taken some preventive ways to curb this problem… it’s good to reduce our food but it depends on how much quantity do u need everyday… remember! The more foods u take, the more diseases u will get... =p

No comments: